morning morning....
Mudah cetak
E-mel
13 Nov 2009
SINGAPURA
Dua amah dituduh cuba ugut, cederakan bayi majikan
DUA amah Indonesia semalam diheret ke mahkamah dengan salah seorang daripada mereka dituduh mengugut membunuh bayi majikannya, manakala seorang lagi cuba mencederakan bayi kembar majikannya.
Dalam kes pertama, Nurhasanah, 29 tahun, dikatakan mengacu sebilah gunting pada tubuh si bayi sambil mengugut majikannya supaya segera menghantarnya pulang.
Dia juga mendesak majikannya supaya menghantarnya ke lapangan terbang untuk membeli tiket.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah flat di Jurong West Selasa lalu.
Nurhasanah direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan. Kesnya akan didengar lagi 26 November ini.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.
Dalam satu perbicaraan berasingan, seorang lagi amah, Titin Agustiana, didakwa mengambil secubit sabun serbuk dan mencampurkannya ke dalam tin susu tepung bayi kembar lelaki berusia dua setengah bulan.
Setelah menggaul campuran sabun dengan susu tepung itu, dia menutup kembali tin tersebut.
Kejadian itu berlaku 11 Ogos lalu.
Mahkamah diberitahu bahawa Titin melakukan perbuatan itu kerana tidak puas hati terhadap majikannya yang sering memarahinya kerana tidak bekerja dengan baik.
Perbuatannya terbongkar apabila majikannya hendak menyiapkan minuman susu bagi bayi kembarnya itu.
Majikannya kebetulan ternampak butiran berwarna biru dalam susu tepung yang berbau wangi itu.
Mengesyaki Titin melakukan perbuatan itu, suami majikannya membawanya ke agensi pembantu rumah mereka.
Semalam, Titin, yang ditahan reman sejak 13 Ogos lalu, mengaku melakukan perbuatan tersebut dengan niat memudaratkan bayi kembar berkenaan.
Hakim Daerah, Cik May Mesenas, menangguhkan hukuman hingga hari ini.
Jika sabit kesalahan, Tintin boleh dipenjara lima tahun dan didenda.
Dari Berita Harian