baca jgn tak baca ...touching story
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak
semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada
hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang
ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam
pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh
sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang
mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini
harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan
mereka....
“Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak
takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan
semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal
mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa
lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!” Black menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan
apa yang telah Katy lakukan.
“Kau silap Black. Tak semua orang yang kau
nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak
tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang
macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black… tak baik tahu?”
Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan
benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan
apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi
kepada mereka. Heh! Section 2… apalah yang nak dihairankan..?
“B*#*h
kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau,
usik itu, usik ini, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!” Jerit
Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan
sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
“Dah
memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku… aku nak buat
macamana? Takkan aku nak gigit sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku
Black…” Muka Katy dah mula berubah. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya
itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu
benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat
hatinya.
“Kasih-sayang…. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya
kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan
jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Kau paham?!!” Black memusingkan badannya
lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana
seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
Dibelakang
kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia
dicemuh sampai sebegini rupa. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat
sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat
ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang
tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung
sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Dalam masa yang sama
kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section
2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah.
Mesti dah dekat pukul satu ni… kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy.
Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang
masih sanggup membawanya kerumah demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat
untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black…
selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau… dan akhirnya ini balasan
kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih ‘raa’ dari
aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk mencecah lantai
bus stand.
“Eh! cutenya kau… mari sini. Sini.” Katy menahan senyuman.
Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part
04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu
memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemuliaan
hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut
kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh
Black!
Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah
menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya
dipeluk kemas oleh Zaki. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing
lagi pada manusia hari ini.
“Ikut aku balik rumah, nak?” tanya Zaki. Namun
pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu
sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya.
Lepas ni mesti dapat ‘makan sedap’ . Bisik hati Katy.
Zaki mengatur
langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya
cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari
belakang…
“Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu
Zaki?!!”