got fr another forum... KUALA LUMPUR 18 DIS 2008: Selepas retak menanti belah, rumah tangga pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan sebak dan titisan air mata, Norman akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pagi tadi.
Sebelum ini, Norman, 32, dan Abby, 30, pernah bercerai tetapi rujuk semula dalam tempoh waktu yang singkat apabila rumah tangga mereka dilanda masalah pada Mei 2006 gara-gara dikatakan wujudnya 'orang ketiga'.
Kali ini segala-galanya telah berakhir apabila Abby mendakwa Norman gagal menjadi seorang suami yang diharapkan dan bertanggungjawab. Kemuncak krisis mereka adalah apabila Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon remaja, Memey Suhaiza, 20, penghujung Oktober lalu.
Di mahkamah itu pagi tadi, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Dia bagaimanapun sebak dan menangis sehingga terpaksa menenangkan perasaan sebelum dapat membacakan lafaz cerai tersebut.