lynn02,
tu pun i pantang......budak kan tak boleh diam.....my maid suka cakap...'dah cak mdm tapi adik tak mahu dengar'......then kite cakap balik....sekarang siapa yg budak nie.....
ade berita.....
GURU TAJAKA MENGAKU DERA MURID DENGAN CILI
SEORANG guru di pusat jagaan kanak-kanak mengaku bersalah di Mahkamah Rendah mendera seorang kanak-kanak tajaka di bawah jagaannya.
Mahkamah kelmarin diberitahu bahawa Hasanah Ahmad, 25 tahun, menggosok cili padi pada bibir kanak-kanak yang ketika itu berusia empat tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Ang Mo Kio pada Mei tahun lalu.
Dalam kejadian sekitar 7 malam itu, Hasanah, mendapati budak lelaki itu cuba mencampak sebatang kayu ke arah anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Anak Hasanah juga dijaga di pusat jagaan yang sama.
Dia dikatakan panik dan memekik ke arah budak lelaki itu supaya meletakkan semula kayu itu.
Hasanah kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah kelas untuk memberi teguran.
Budak lelaki itu diarah tunggu di situ. Hasanah memadamkan lampu dan membiarkannya di situ.
Hasanah kemudian membawa sebungkus cili padi dan mengugutnya supaya memakan cili padi itu setelah kanak-kanak itu enggan melihat mukanya.
Pada mulanya, budak itu mendiamkan diri tetapi meronta-ronta apabila Hasanah mula membuka bungkusan cili padi.
Semasa meronta, cili padi itu terkena pada muka dan mulut kanak-kanak itu.
Tangan Hasanah yang dipenuhi cili juga terkena pada muka kanak-kanak tersebut.
Seorang guru lain terdengar kekecohan itu dan melihat cili padi berserak di atas lantai dan kesan merah pada bibir kanak-kanak tersebut.
Muka dan leher kanak-kanak itu mula beruam.
Ibunya membuat laporan polis setelah melihat muka anaknya kemerah-merahan dan beruam serta mata berair setelah mengambilnya dari pusat jagaan tersebut.
Peguam Hasanah, Encik Pritam Singh Gill, berkata bahawa kes sedemikian dipercayai kes pertama menganiaya kanak-kanak berlaku di situ.
Encik Gill merayu Hakim Daerah May Mesenas supaya mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya mengandung empat bulan dan mengalami tekanan semasa kejadian itu berlaku.
Beliau berkata anak guamnya membuat kesilapan dengan mengambil pendekatan cara orang lama mendidik anak.
Hasanah adalah ibu tiga anak dan mempunyai diploma dalam pendidikan prasekolah. Dia pernah mengalami dua keguguran sebelum ini.
Semasa kejadian, dia mengalami tekanan kerana mempunyai dua kanak-kanak baru dan 12 kanak-kanak yang harus dijaga.
'Dia gagal mengawal emosinya dan tidak pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini,' kata Encik Pritam.
Hasanah juga menawarkan $2,000 kepada ibu kanak-kanak itu sebagai pampasan tetapi tawaran itu ditolak. Beliau hanya menerima permohonan maaf daripada Hasanah.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Cheryl Kam, meminta mahkamah memastikan Hasanah yang kini menganggur tidak lagi mendapat kerja menjaga kanakkanak.
Hasanah yang bekerja sejak 2005 dipecat pada Mei lalu kerana insiden tersebut.
Hakim Mesenas juga mengarahkan Encik Gill supaya memastikan anak guamnya menjalani kaunseling.
Hasanah akan dijatuhi hukuman Jumaat ini.
Suaminya, 27 tahum, seorang pegawai polis, dan lain-lain anggota keluarganya turut hadir di mahkamah.