nora aw, yasminy08, daec, lynn02, zu and shimmers,
Terima kasih atas congrats you all. Kali ini, anak no.2 i perempuan. Alhamdulliah, i selamat beranak. Kau orang tahu, bila i beranak, i seorang kat labour ward. Laki i tak dapat bersama pasal dia kerja. Dia tak boleh ambil cuti. Sedih tau. Merana sendiri. Gynae dan mid-wife kacau-kacau i juga...tanya mana abang i.
nora aw,
pasal tukang urut ni, i punya dulu tak de lah sampai tonggeng-tonggeng. Tapi kalau nak tahu macam mana difference nye i boleh share wif you dan ibu-ibu kat sini. Jadi, sebelum ambil tukang urut, boleh tanya soalan-soalan ni sebelum confirm. My salah juga i tak tanya makcik urut ni sebelum i confirm. Mungkin kerana i tak pernah kena yang ambil "course type". Jadi, sekarang bila dah kena, nyangkali i tahu lah.
Minyak, param dan pilis: mereka selalu buat sendiri. Bukan beli dari kedai.
Cara urut: you boleh rasa urutan dia. Dia pun pandai tangkap mana urat-urat you yang tegang. You pun tak payah nak beritahu dia mana tempat yang sakit. Dia pegang badan you aje, dia tahu mana yang sakit. Bila breasts engorge, dia pandai tangkap urat yang tersumbat. Sekali lepas urut, breasts you ok! Dia pun pandai tempat mana badan you yang banyak angin dan dia akan tolong buangkan angin itu. Selalunya, tukang urut tu yang "burp" keluarkan angin itu! Kuat pulak tu!
Bengkung: Pakai kain batik 12". Pintal sendiri. Setiap pintal ada bacaan dia.
2 hari lepas, buah dada i engorge sampai keras. I nangis satu malam. Dah tu, suami i tak berapa understanding.. ada dia suruh i berhenti menangis kalau tidak dia nak tendang i? Tak sedih ke? I cakap balik macam mana i nak berhenti menangis. Dengan sendirinya, dalam kesakitan mesti menangis. Bila beranak, ada suruh orang jangan menangis ke atau buat any sound. Pada i.. buah dada engorge ni sama juga macam nak beranak..sakitnya. I cakap balik dah lah dia tak de bersama i bila i beranak, berapanye susah i merana... abih tu, sekarang tak understanding bila buah dada i kesakitan.
Abih makcik urut tak boleh kasi lembut macam tukang urut i dulu, lagi sedih.
Bila waktu malam, perut i rasa sakit. Mungkin kerana darah beku belum keluar.